Friday, December 13, 2013

Rawat Mati Hati Sebelum Mati Jasad

                                             
                                                        بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Perkongsian Khutbah Jumaat ( 13/12/13)
Masjid At-Taqwa Okpo, Geoje South Korea

Firman Allah,
" Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) : dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amalanya) untuk hari esok (hari akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan " 
(S. Al-Hasyr: 18)

Kerana kesibukan kerja kita lupa tentang hakikat kematian.
"Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya"

Orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan, tetapi orang yang mati hati akan terus hanyut dalam keseronokan malah berpotensi mempengaruhi kehidupan orang lain.

Tanda- tanda mati hati
1) Mengaku mengenali Allah SWT tetapi tidak menunaikan hak-Nya
2) Mengaku cinta kepada Rasulullah tetapi mengabaikan sunnah baginda
3) Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengan ajarannya
4) Mengecapi nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri pemberian-Nya
5) Mengaku syaitan tetapi tidak berusaha menentangnya
6) Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak berusaha mendapatkannya
7) Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8) Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia menghadapinya
9) Menyibukkan diri membuka keaiban orang tetapi lupa menghisab keaiban diri sendiri
10) Menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Salah satu ubat bagi merawat hati yang sakit adalah ilmu mengenal Allah SWT, mengenal hakikat diri dan mengenal kewajipan yang perlu dilaksanakan di dunia sebagai hamba Allah SWT.

Ubat hati lima perkara;
1) Membaca Al-Quran sambil memahami maknanya
2) Mengosongkan perut
3) Solat Malam
4) Berdoa pada waktu fajar
5) Bergaul dengan orang-orang soleh

Firman Allah
" Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan pertolongan apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera. Dan didekatkan syurga bagi orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang yang sesat"
( As-syura: 88-91)

Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment