Tuesday, December 8, 2009

Pengalaman

Sekarang dah pukul dua pagi...esok aku ada kelas..tapi mata ni rasa macam susah nak tutup.kadang2 aku terfikir tentang takdir..jauh aku merenung ke luar tingkap..hanya kegelapan malam yang menyelubungi..cahaya bintang semakin pudar ..adakah semangat jua begitu?...takdir...adakah takdir yang membawa aku ke sini atau ni semua adalah hasil dari kesilapan yang aku lakukan..dalam fikiran aku ni banyak sengat perkataan 'kalau'...kalau itu..kalau ini'kalau lah aku boleh undur masa..minggu depan aku ada test..tapi aku tak mula belajar lagi..macam mana aku nak belajar sedangkan aku tak tahu apa yang aku tak tahu...aku bukan tak cuba..aku dah cuba..tapi aku tak mampu..aku tak sehebat mereka...kadang2 bila terkenangkan masa lampau aku sebak...seumur hidup aku...aku impikan semua ni.tak ku sangka betapa sukarnya belajar di negara orang..aku tengok orang lain boleh...aku ingat aku juga boleh..tapi tak semudah yang disangka..pengalaman tahun pertama sepatutnya jadi pengalaman yang paling indah dalam hidup tapi ianya jadi satu memori pahit yang tak akan aku lupa sampai bila2...apalah nasibku bergenang air mata sedangkan sahabat teruja melihat dunia baru...dulu amat susah untuk aku menitiskan air mata ni...tapi bila dalam keadaan macam ni..bila terpaksa menghadapi dunia keseorangan..barulah aku sedar yang aku tak sekuat yang disangka..maafkan aku papa kerana tak mampu mengharungi dugaan...dalam hati ku cuma ada papa dan mama...setiap hari...masa dan ketika...aku hanya fikirkan tentang diorang..aku nak diorang bangga dengan pencapaian aku...aku nak bagi kebahagian pada mereka...tapi itu hanyalah impian aku...hanya allah yang tahu apa yang akan terjadi padaku lepas ni.aku malu pada semua orang...malu pada diri sendiri..malu kerana tak terdaya melangkah...malu kerana terpaksa menyusahkan semua orang.dunia lihatlah aku.ketawalah pada ku sepuas-puasnya...aku sanggup terima semuanya...bila berbicara tentang takdir,aku rasa aku ni dah cukup bertuah kerana masih ada kedua ibu bapa..macam mana dengan anak yatim..aku mudah kesihankan orang tapi orang tak pernah kesihankan aku...dulu pernah sekali aku rasa kasihan kepada sahabatku...bila terdengar luahan nya pasal penceraian ibu bapanya...aku rasa terpanggil untuk membantu dia..ingin sekali aku menarik nya masuk ke dalam hidup aku....tapi sanggup dia mempermainkan aku sedangkan seluruh hidupku hanyalah untuk dia..kalaulah dia tahu bagaimana hancurkan hati aku ketika itu aku pasti dia akan mengerti..tapi entah mengapa...hanya dia yang mampu buat aku tenang..bila lihat wajah nya aku rasa tenang kerana penderitaan yang terpaksa aku lalui hanyalah secebis dari penderitaan nya..alangkah bagusnya jika aku mampu lupakan semua ni...dan mulakan hidup baru..hidup sebagai pelajar yang penuh semangat...tapi realitinya aku hanya mampu berharap..
ya allah bimbingilah hamba mu ni...janganlah kau sesatkan nya...jika ini ketentuan dari mu...aku redha..berikanlah kekuatan pada hamba mu ini untuk menghadapi semua dugaan ini...
di saat ini aku hanya fikirkan tentang kedua ibu bapaku...berilah aku peluang untuk berjasa pada mereka walaupun sekali dalam hayatku..aminn................

No comments:

Post a Comment