Thursday, December 17, 2009

mama

maafkan ku mama

mama...Saat ini aku sangat rindu padamu. Entah mengapa setiap laku seperti mengingatkan aku padamu. Ketika aku memerlukan tempat untuk bercerita, engkau tiada di samping. Sedangkan aku perlu gagah untuk menadah cerita-cerita duka dari manusia lain, namun aku juga punya cerita yang lebih perit. Kalaulah mereka semua sepertimu, memahami dan menyokong, pasti sahaja mahu aku kongsikan semua yang telah aku lalui. Tapi mereka tidak sepertimu, mama, yang mampu ceria dalam air mataku dan tahu bila aku jatuh. Jatuh yang sendiri.

mama, semalam telah aku alami suatu yang menyeksakan, tapi tak tahu pada siapa harus aku beritakan. Mereka seperti memahami tetapi sebenarnya tidak. Aku yakin bukanlah mereka sepertimu, bahkan ada yang ketawa bila semangatku turut goyah. Tak mungkin akan aku ceritakan pada manusia-manusia seperti itu. Aku seolah-olah hilang sekarang, mama. Cepatlah pulang agar dapat aku luahkan segala kejadian dahsyat yang aku simpan sekian lama. Rindu, mama!

No comments:

Post a Comment