Saturday, December 26, 2009

Monday, December 21, 2009

awal muharam

sempena awal muharam ni ku tetapkan niat dalam hati ingin berubah...

Sunday, December 20, 2009

Saturday, December 19, 2009

Tubna Ya Allah

Ya allah berikanlah keampunan kepada hambamu ini.Semakin jauh ku dari-Mu,semakin dekat pula Kau menghampiri daku...Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih...siapalah diriku di pandangan-Mu.Semakin cuba ku dekati semakin kuat pula Kau mendugai aku.Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna. kerdilnya diriku di hadapan-Mu.Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu,sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini..Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

sesungguhnya

sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Thursday, December 17, 2009

mama

maafkan ku mama

mama...Saat ini aku sangat rindu padamu. Entah mengapa setiap laku seperti mengingatkan aku padamu. Ketika aku memerlukan tempat untuk bercerita, engkau tiada di samping. Sedangkan aku perlu gagah untuk menadah cerita-cerita duka dari manusia lain, namun aku juga punya cerita yang lebih perit. Kalaulah mereka semua sepertimu, memahami dan menyokong, pasti sahaja mahu aku kongsikan semua yang telah aku lalui. Tapi mereka tidak sepertimu, mama, yang mampu ceria dalam air mataku dan tahu bila aku jatuh. Jatuh yang sendiri.

mama, semalam telah aku alami suatu yang menyeksakan, tapi tak tahu pada siapa harus aku beritakan. Mereka seperti memahami tetapi sebenarnya tidak. Aku yakin bukanlah mereka sepertimu, bahkan ada yang ketawa bila semangatku turut goyah. Tak mungkin akan aku ceritakan pada manusia-manusia seperti itu. Aku seolah-olah hilang sekarang, mama. Cepatlah pulang agar dapat aku luahkan segala kejadian dahsyat yang aku simpan sekian lama. Rindu, mama!

Monday, December 14, 2009

How could i doubt what was meant to be....

Ya allah jika ini ketentuan dari Mu ....aku redha...Ya Allah kiranya ini takdir dari Mu..aku terima...Ya Allah walaupun perit menghadapi ujian dariMu ....aku pasrah..syukur alhamdullilah...
ya Allah tidak ku minta Kau ringan kan beban yang ku galas tapi beratkanlah imanku terhadapmu.banyak persoalan yang bermain di fikiran ku tapi aku tak mampu untuk mencari jawapan.sesungguhnya Engkau Maha mengetahui....

terima kasih umi sebab buat sy sedar.......

Thursday, December 10, 2009

Dosa

ya allah ya tuhanku...kenapa la perasaan takut ni masih menghantui diri aku...ya allah berikanlah ketenangan kepada hambamu ini..ya allah kenapa terlalu banyak ujian yang kau berikan padaku..adakah kerana dosa ku yang lampau..ya allah ampunkan aku...aku lemah..aku tak mampu untuk mengharungi cabaran Mu...ya allah berikanlah aku kelapangan...ya allah aku memohon padamu agar diberikan petunjuk...ya allah permudahkan lah urusan ku...ya allah jangan lah kau bebani aku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung..kenapa perkara yang sama perlu berulang..luluh hati membilang titisan derita di kolam kehidupan
alangkah banyak tak terhitung...Derita dan jerih dititip diulang...
Tuhan
Hidup apakah ini?
Kalau hanya menunggu perit menjelma
Derita hari ini seperti sudah tahu
Apa pula pilu yang menanti di hari esok
Oh, sungguh tiada pernah ia berhenti
Cukuplah dugaan
Aku merayu hentikan langkahmu
Andai tiada juga dilayan
Hentikan langkahku di sini!

Tuesday, December 8, 2009

Pengalaman

Sekarang dah pukul dua pagi...esok aku ada kelas..tapi mata ni rasa macam susah nak tutup.kadang2 aku terfikir tentang takdir..jauh aku merenung ke luar tingkap..hanya kegelapan malam yang menyelubungi..cahaya bintang semakin pudar ..adakah semangat jua begitu?...takdir...adakah takdir yang membawa aku ke sini atau ni semua adalah hasil dari kesilapan yang aku lakukan..dalam fikiran aku ni banyak sengat perkataan 'kalau'...kalau itu..kalau ini'kalau lah aku boleh undur masa..minggu depan aku ada test..tapi aku tak mula belajar lagi..macam mana aku nak belajar sedangkan aku tak tahu apa yang aku tak tahu...aku bukan tak cuba..aku dah cuba..tapi aku tak mampu..aku tak sehebat mereka...kadang2 bila terkenangkan masa lampau aku sebak...seumur hidup aku...aku impikan semua ni.tak ku sangka betapa sukarnya belajar di negara orang..aku tengok orang lain boleh...aku ingat aku juga boleh..tapi tak semudah yang disangka..pengalaman tahun pertama sepatutnya jadi pengalaman yang paling indah dalam hidup tapi ianya jadi satu memori pahit yang tak akan aku lupa sampai bila2...apalah nasibku bergenang air mata sedangkan sahabat teruja melihat dunia baru...dulu amat susah untuk aku menitiskan air mata ni...tapi bila dalam keadaan macam ni..bila terpaksa menghadapi dunia keseorangan..barulah aku sedar yang aku tak sekuat yang disangka..maafkan aku papa kerana tak mampu mengharungi dugaan...dalam hati ku cuma ada papa dan mama...setiap hari...masa dan ketika...aku hanya fikirkan tentang diorang..aku nak diorang bangga dengan pencapaian aku...aku nak bagi kebahagian pada mereka...tapi itu hanyalah impian aku...hanya allah yang tahu apa yang akan terjadi padaku lepas ni.aku malu pada semua orang...malu pada diri sendiri..malu kerana tak terdaya melangkah...malu kerana terpaksa menyusahkan semua orang.dunia lihatlah aku.ketawalah pada ku sepuas-puasnya...aku sanggup terima semuanya...bila berbicara tentang takdir,aku rasa aku ni dah cukup bertuah kerana masih ada kedua ibu bapa..macam mana dengan anak yatim..aku mudah kesihankan orang tapi orang tak pernah kesihankan aku...dulu pernah sekali aku rasa kasihan kepada sahabatku...bila terdengar luahan nya pasal penceraian ibu bapanya...aku rasa terpanggil untuk membantu dia..ingin sekali aku menarik nya masuk ke dalam hidup aku....tapi sanggup dia mempermainkan aku sedangkan seluruh hidupku hanyalah untuk dia..kalaulah dia tahu bagaimana hancurkan hati aku ketika itu aku pasti dia akan mengerti..tapi entah mengapa...hanya dia yang mampu buat aku tenang..bila lihat wajah nya aku rasa tenang kerana penderitaan yang terpaksa aku lalui hanyalah secebis dari penderitaan nya..alangkah bagusnya jika aku mampu lupakan semua ni...dan mulakan hidup baru..hidup sebagai pelajar yang penuh semangat...tapi realitinya aku hanya mampu berharap..
ya allah bimbingilah hamba mu ni...janganlah kau sesatkan nya...jika ini ketentuan dari mu...aku redha..berikanlah kekuatan pada hamba mu ini untuk menghadapi semua dugaan ini...
di saat ini aku hanya fikirkan tentang kedua ibu bapaku...berilah aku peluang untuk berjasa pada mereka walaupun sekali dalam hayatku..aminn................

Masalah

Selesai jer satu masalah..aku buat masalah lain..kadang2 aku rasa Allah bagi bnyk sgt dugaan kat aku...tapi bila masalah tu selesai aku anggap aku dapat rahmat daripada Allah swt.ya Allah bagilah petunjuk...

Thursday, December 3, 2009

Tenang

Hari ni aku rsa tenang sikit brbanding hari2 yang lain.walaupun pun sikit tapi dah cukup untuk buat aku rasa bahgia lepas berbulan2 tinggal kat london..dulu masa mula2 datang...aku tak pernah jangka langsung perkara ni akan terjadi kat aku..seringkali aku menyesali keputusan ku tapi aku tak mampu untuk undurkan masa ...aku dah sampai disini..terpaksa lah teruskan walaupun susah..kalau aku tak cuba untuk menentang arus dulu..mungkin perkara ni takkan terjadi...salah aku...tapi apa boleh buat..sudah terngantuk baru terngadah...sejak aku sampai kat sini tak pernah pulak aku call tnya kabar parents aku...diorang jer yang selalu call..tapi aku tak angkat.apa aku cakap..nak cakap yang aku hidup dalam sengsara..merenung masa depan yang semakin gelap?.nak cakap aku bahgia menyusuri kehidupan yang mencabar di negara orang?..biarlah aku sendri yang tanggung.salah aku juga...kalau boleh aku tak nak mengeluh lagi...nak teruskan hidup kerana aku dah sampai kat sini..dah tak boleh patah balik...tapi hati ni tak tertanggung...nak jer aku biarkan semua orang tahu pasal apa yang aku lalui..maafkan aku mama kerana tak tanya kabar mama..cukuplah dengan luahan dulu...jangan lagi pikir kan tentang diriku...aku sebenarnya bukan tak ambil berat pasal mama cuma aku tak sanggup lihat mama bersedih pikir tentang aku..biarlah aku sahaja yang menanggung ..aku harap mama bahagia bilamana terkenangkan kejayaan aku kat sini...walaupun kenyataan nya pahit..aku masih lagi hanyut dalam kelas..susah betul nak faham bahasa diorang..bodoh sangat ker aku ni?....apa perlu aku buat ni...nak cakap aku sorang kat london ni...dah berjuta2 orang malaysia yang datang belajar kat sini..sepatutnya takda masalah la....

Wednesday, December 2, 2009

Ujian

minggu depan ada ujian...ya allah berilah ketenangan...

Monday, November 30, 2009

Sabarlah

Ya allah ya tuhanku...berikanlah kesabaran kepada hambaMu ini...

Perjalanan

malam ni sepatutnya aku tidur awal...tapi rasa tak mengantuk pulak...5 jam aku baca pasal fluids mechanics ..habuk pun tarak....buang masa jer.huh bila datang jer kesusahan baru nak ingat allah..kadang2 ku cuba kuatkan semangat...fikir bahawa semua ni adalah ketentuan illahi...tapi mesti ada sebabnya disebalik semua kejadiaan yang berlaku.cukup kah dengan hanya berserah??.!!esok aku kena pergi ke east surrey college..nak pergi sana dari london kena naik train..2 jam perjalanan..sebab workshop pkul 9.30..so aku kena bangun awal ...ni kali kedua aku pergi sana.masa first time aku sesat...masa tuh dalam hati aku cuma ingat allah jer..dah la sejuk ..jalan sorang2....tempat pulak isolated..huh..masa tuh jugak pertama kali dalam hidup aku,..doa aku dimakbul serta merta...besar kuasa allah swt...nak cakap pasal agama..aku malu.sebab aku bukan nye alim ulama....aku banyak dosa..tapi bila kat sini... aku rasa teringin untuk mendalami ilmu agama ...syukur lah..banyak dugaan yang allah bagi kpada aku...dan dugaan tu dapat mendekatkan diriku padanya.layak ker aku cakap pasal ni...aku sentiasa samakan diriku dengan pejuang...Kalau namanya perjuangan,sudah pastilah ianya menyakitkan,kerna perjuangan itu pahit..Jalan seorang pejuang bukanlah yang ditaburi bunganya dikiri dan kanan, tetapi di sepanjang jalannya penuh duri yang menikam..Hati seorang pejuang itu selalu dihiris dan diguris, namun penawarnya cuma satu..cinta pada ilahi..yakin pada janjinya.Itulah yang menjadikan aku kebal dalam hidup ini..tapi itu hanya lah satu ungkapan...realitinya tak semudah yang diperkatakan..kat tepi aku ni ada lab report yang perlu aku siapkan....nak faham theory satu hal ..pastu nak kena mengarang pulak satu masalah...dah la english aku broken..dulu aku hafal ayat yang sama...so tiap2 kali exam ..aku guna ayat yang sama jer la..even essei bi pun aku hafal...haha..memang gila ..tapi aku memang nekad nak datang uk...so aku buat jer la..aku sepatutnya tahu kemampuan diri ini...3 tahun lagi..mampukah aku survive@aku terpaksa balik malaysia kerana gagal...kalau gagal ,balik jer ok gak...tapi hutang aku dengan sponsor dah beratus ribu.....mana aku nak cari duit bayar nak semua tuh...malas nak fikir semua tuh..asalkan aku tak mati..akan ku teruskan jua..

Sunday, November 29, 2009

Benar kata cikgu

mulai hari ini..saat ini...aku ingin berubah..aku nak mulakan hidup baru..nak lupakan keperitan lalu.semoga pengalaman ni menjadi memori indah dalam hidupku..naval architecture...dari kecil aku impikan membina sebuah kapal yang gagah menyusuri lautan...tak mungkin akan ku lupakan cita2 tuh....dah jauh aku merantau...takkan senang2 aku nak berpaling..sedih bila mengenangkan impian ku dulu...takpernah terbayang ...sampai jugak aku kat london.dulu cikgu sampai tergelak bila bercakap pasal cita2 aku..kononnya nak reka kapal...lukis segi tiga sama sisi pun tak tahu... kadang2 aku teringat balik kata2 cikgu..memang betul apa yang cikgu cakap...cikgu memang dah dapat menduga semuanya..cuma aku yang ego..ingin buktikan pada cikgu yang aku bukan hanya berangan2 kosong....ku ingin gapai bintang di langit sedangkan aku masih belum mampu berdiri...cikgu benar katamu...

ku mengharapkan sinar hidup yang baru

Forgive me when I whine

Ya Allah,kenapa berat sekali dugaan yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah..Apa dosaku sehingga aku diuji sehebat ini..Aku tidak tahan Ya Allah..aku tidak sanggup lagi Ya Allah.

Aduh mengeluh lagi aku..hidup sukar tuhan yang tahu..padamu ya Allah ku panjatkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk merasai semua ni....dugaan memang senang dimulut tapi pedih dihati..dugaan yang tiada titik akhirnya..betul kata umi..air mata tandanya aku lemah.memang aku lemah..tak terdaya melangkah.disaat ku berlari mengejar impian akhirnya aku rebah tersungkur melihat orang lain jauh maju kehadapan..kenapa aku hanya mampu melihat dan tak mampu lagi untuk melangkah...aku terkapai2 keseorangan ..mungkin perjalanan ku berakhir disini.impian murni yang dulunya ku rasa semakin hampir telah hilang dari pandangan..tapi aku punya kau Ya allah..bimbingilah aku...berikanlah cahya kepadaku kerana malam kian menjelma..sedangkan aku masih tersungkur ..kepenatan..kehausan...menronta2 untuk cuba melepaskan diri dari belenggu ini....aku tak sanggup ya allah melihat harapan ibubapa ku berkecai kerana kegagalan ..bantulah aku menyusuri hari2 yang suram...

ya allah ya tuhanku..aku hilang,kembara di negeri orang...tuhanku pintuMu ku ketuk aku tak bisa berpaling...tuhanku ampunilah dosa..

Saturday, November 28, 2009

jangan

jangan bermain dengan api..kelak merana diri..huh..dont be stupid..no one can change u

Sunday, November 22, 2009

sekarang ni dah genap 2 sbln ak kat london...mula2 datang ,bnyak dugaan yg terpaksa ak tempuhi...mungkin bgi yg lain itu hnyalah sekadar permulaan kpada sesuatu yg lebih mencabar tapi bagiku,perkara tuh membawa bnyak makna dalam kehidupanku...tak sngka..tak pernah ku jangka hidup ku berubah dalam sekelip mata...dulu aku termimpi2 datang beljar di UK tpi sekarang ni ak harap aku masih dlam mimpi tuh...perit,siksa...perkara ni sedikit sebnyak mendewasakn diriku...knp la susah sgt utk aku paham diorang..kenapa orang lain boleh faham..bodoh sgt ke aku nih?.seringkali aku ingin berubah...nak tekadkan semangat..nk lupakan keperitan..nak mulakan hidup baru..tapi tuh hnyalah sekadar angan2...aku hnya mampu berserah padamu ya Allah...tapi cukupker hnya dgn berserah...diari hidupku penuh dgn duka..tapi orang lain hnya nmpak hilai tawa ku....dulu pun aku pernah hidup keseorangan tapi sekarang ni aku mcam mengulangi sejarah hitam dalam hidupku..tak cukup ker dugaan yang dulu...jalan aku tak mcam orang lain...masa aku tgh tulis bnda nih,mungkin orang lain tgh belajar...dimana hilangnya semangt aku nih..ucl..no4 dalam dunia..hahaha..kadang2 nak nangis bila teringat zaman 'dulu'....ni la...dah nak sgt jadi terbaik...beljar kat univ terbaik...padan muka....tak fikir ker !!!..padahal kalau belajar kat man2 pun sama jer...bukan nya pndai sgt aku nih...rjen jer lebih..bila dah rjen..mcm tak igt dunia belajar..dri 9 pg ke 9 malam...mula pulak pkul 1 pagi smpai 7...gler!!!skrang ni ak belajar dah tak macam dulu....malas..rasa malas..kalau dulu aku kna belajar selama tuh baru paham..sekrang nih dah la semakin susah...belajar kna kuat lagi kan..tpi makin kurang ada la.....dah la aku dalam kelas bengong...letih sgt....orang lain pandai..aku pulak bodoh..tapi smpai gak aku kat sini..bayangkan seorang yang bodoh di kalangan pndai..terpinga2 si bodoh tuh...serba salah..haha...cukuplah dugaan..aku dah tak nak ...dulu masa dpat result igtkn aku ni pndai..tpi rupanya tak..........mengantukk....harap2 esok aku boleh dpat jadi lebih baik dri skrang ni..sikit pun takpa lah.

Saturday, November 21, 2009