Setiap kali berlaku musibah, contohnya anak jatuh sakit baru-baru ini, saya sentiasa pesan pada isteri agar bersangka baik pada Allah swt. Saya tidak berada di tempat isteri dan tidak mampu untuk memahami kesulitan yang terpaksa dia hadapi. Dengan kesibukan kerja dan tinggal berjauhan dengan suami dan keluarga, memang sesuatu yang sukar untuk si isteri menghadapi ujian yang melanda terutama bila terpaksa bermalam di wad sehingga seminggu lamanya.
Apa pun yang terjadi saya minta agar isteri bersyukur kepada Allah swt. Bukan kerana dikurniakan suami yang baik dan banyak membantu tapi kerana rahmat dan pertolongan dari Allah swt. Memang menjadi impian seorang suami untuk menyediakan sebuah kehidupan yang sempurna bagi keluarga. Namun Allah swt merencanakan sesuatu yang berbeza untuk kehidupan kami.
![]() |
| Tasha dimasukkan ke ward kanak kanak KPJ Specialist Hospital Kajang pada 27 June 2018 kerana penyakit astma. Tasha terpaksa ditahan di dalam wad sehingga 1 July 2018 |
Barangsiapa yang mengharapkan kesempurnaan di atas muka bumi ini maka dia tidak akan pernah bahagia. Kerana dia mengharapkan sesuatu yang mustahil, sesuatu yang tidak mungkin dia raih.
Di antara hikmah Allah swt tatkala menjadikan tidak ada yang sempurna di muka bumi ini, agar seorang mukimin sentiasa rindu untuk mencari kesempurnaan dan dia tidak akan peroleh kesempurnaan tersebut kecuali di akhirat kelak.
Sesiapa yang menyedari hakikat kebahagian di dunia ni, pastinya dia lebih tahu bagaimana untuk menghadapi kenikmatan kenikmatan yang tidak sempurna tersebut.
Di antara sabda Nabi SAW
Janganlah seorang suami membenci seorang isteri yang mukminah, jika dia membenci satu perangai tentang isterinya maka dia akan redha dengan akhlaknya yang lain.
Meskipun berbicara khusus tentang para isteri, ini adalah satu kaedah umum yang mana ketika kita marah kerana satu keburukan yang ada pada pasangan kita, pastinya ada kebaikan-kebaikan yang lain yang ada pada dirinya. Tatkala kita menyedari tentang hakikat tersebut pastinya kita tidak akan pernah membenci pasangan kita.
Bila kita mengharapkan pasangan yang sempurna ingatlah bahawa Allah swt sengaja menjadikan nikmat yang ada di dunia ini tidak sempurna agar kita sentiasa berusaha bagi mendapatkan kenikmatan yang sempurna di syurga.

No comments:
Post a Comment