Tuesday, September 13, 2011
CINTA
Bila terfikirkan tentang cinta ,pasti akan teringat pada ibubapa.Kadang2 cinta ni bukan hanya keputusan kita semata2 tapi lebih kepada mencari pasangan yang dapat memuaskan hati ibubapa masing2.Jadi dimanakah nilai sebuah keikhlasan jika cinta itu ada harga,harga yang ditentukan oleh ibubapa.Cinta sepatutnya datang dengan hati yang ikhlas,tanpa mengira rupa,pangkat atau darjat.Itulah cinta sejati.Namun sukar untuk dipercayai kiranya masih ada lagi cinta seperti itu di zaman ini.Tapi tak salah kalau cinta itu ditentukan oleh ibubapa kerana redha tuhan datangnya dari redha ibubapa.Mungkin cinta aku padanya hadir kerana kasihnya ibu terhadap dia.Atau mungkin jua aku cuba untuk menipu diri ini sedangkan padanya aku cuma seorang sahabat.Benar sungguh,cinta itu mengkhayalkn dan ada kalanya menyiksakan.Namun siapa lah aku untuk menolak cinta itu yang datang tanpa dipaksa.Kiranya kau tahu akan nilai cinta itu,pastinya kau akan turut bersamaku,mengalun lagu rindu..Kiranya kau tahu akan keikhlasan hati ini,pastinya kau hargai akan diriku ini.Biar apa pun yang terjadi,semangat perjuangn ini perlu aku teruskan..Masih aku ingat kata2 sahabat,andai kata perjalanan ini lurus dan senang pasti ramai yang mengikutmu,namun perjalanan yang kau lalui terlalu panjang dan ada padanya kesusahan yang nyata.Yakin pada janji Allah,itulah yang menjadi pegangan kita dalam perjuangan ini..,..zzzzzZZ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment