Monday, December 26, 2011

Boxing Day

Gambar yang dirakam sekitar boxing day Oxford Street London..

Bangun pagi seawal 6 pagi..Alang2 bangun awal pergi masjid dulu.



Orang dah ramai..Tempat yang ramai orang la tempat yang perlu dituju.Itu petua nenek.Nak beli makanan cari tempat ramai orang.Pasti sedap..Pukul 6.30 pagi,tapi dah kena beratur untuk masuk..





Sekitar pemandangan di dalam Selfridges





Barang2 yang dibeli.total money spent 200Pounds.yang paling mahal adalah suit dari NEXT.rasa membazir pun ada..tapi takpelah untuk kepuasan..nanti kena belajar bersungguh2...

Sunday, December 18, 2011

Newcastle

Kadang2 tu bosan juga stay kat London winter ni.Most of the time,mmg bosan la untuk manusia yang susah nak keluar rumah macam aku ni.Banyak jer hiburan yang ada tapi tak lulus untuk sirim.So aku pun ambil keputusan untuk pergi jumpa sahabat lama kat Newcastle Upon Tyne.Kat sini member2 masa buat foundation kat taylors dulu.Semuanya budak2 tajaan MISC yang juga aku sepatutnya join mereka.Tapi itu kisah lama.Kisah 3 tahun lepas.Sepanjang 3 tahun di UK tak pernah pun aku pergi ke tempat diorang.Aku risau nanti akan bertambah kekecewaan aku bila lihat mereka yang ramai sedangkan aku terpaksa survive sorang2.Ni final year so OK la.

Maka aku pun memulakan pengembaraan ke Newcastle yang mengambil masa selama 8jam by bus dari London..Boleh jer naik train untuk jimat masa ,tapi disebabkan harga tiket yang mahal ,maka aku pilih untuk naik bus.



Plan pergi seawal pagi yang mungkin,tapi orang dah ramai.Sebabnya semua orang sedang sibuk untuk balik Krimas.Kiranya hari ni mcam the day before ramadhan.So ambil kesempatan dulu la balik awal2 jumpa family kalau2 masa krimas nanti tak sempat.


Masa ni kat underground station victoria.Kat London,underground tube ni kira macam public transport yang paling penting.Rasa macam tikus pulak sebab kalau nak pergi mana2 kena turun bawah tanah.

Sepanjang perjalanan,pemandangan memang cantik sangat.Berbeza dengan Malaysia,kat UK ni banyak tanah lapang.Kat mana entah semua pokok2..ker memang macam tu..






Sebab suhu yang sejuk,even kuda pun diorang selimut.padahal kuda ni darah panas.


Ini pulak berhenti rehat kat Leeds Market.Malas nyer nak bercerita.Tngok gambar saja takleh ke?kalau kat Malaysia,ni macam pasar malam la cuma bezanya kat sini wat pagi sebab malam sejuk.tu kot sebabnya.






Ini pulak vendor machine kat dalam tandas.Kat UK ni,kalau cakap takleh buat,memang tak jadi punya.So prevention is better la.Mereka ni kalau terfikir nak buat,kat mana2 pun boleh.Nauzubillah..



Gambar masa main bowling masa kat Newcastle.





Makan2 kat rumah kawan di Newcastle.Layanan memang first class.best sgt




to be continue...

Thursday, December 1, 2011

Kahwin


Rasa seperti bermimpi tak lama lagi Kak An akan mendirikan rumah tangga.Masih ingat lagi dulu main sembunyi sama-sama,berlari sama2,masa rupanya begitu pantas berlalu.Semoga Kak An berbahagia bersama orang tersayang hingga ke akhir hayat.Sedih sebab tak dapat hadir majlis Kak An nanti..

Monday, November 21, 2011

muhajadah

Malam ni sepatutnya aku study hydrodynamic tapi pukul 3 pagi masih lagi tak dapat mood study tu.Apa nak jadi dengan diri ni.Mungkin aku ni sudah terlalu jauh dengan tuhan.Kalau kat sini macam2 boleh aku tengok.Perkara yang tak pernah terlintas dalam hati pun boleh berlaku depan mata.Mungkin mereka bebas melakukan apa sahaja namun hakikatnya mereka masih lagi terikat dengan kehendak nafsu.

Mereka,manusia yang bertuhankan nafsu sering kali jadikan syahwat sebagai hiburan.Seksa juga hati ini bila terpaksa tinggal bersama mereka.Tapi apakan daya,kadang2 mata yang memandang bagaikan lupa akan azab yang menanti.Bila dah tersedar ,terasa hina sangat diri ni.Menyesal seribu tahun pun tak mungkin aku akan dapat ubah kesilapan yang telah aku lakukan.

Apa yang telah aku buat ni.Lupakah aku,akan segala nikmat dan pertolongan dariNya dulu.Kiranya solat itu mencegah kemungkaran,kenapa aku masih lagi melakukan maksiat terhadapMu.Aku malu ya Allah...

aku bertaubat ya Allah,aku hambaMu yang lemah,sering saja rebah pada kehendak hati.Jangan kau biarkan aku sesat seperti mereka.Jangan kau biarkan nasib aku ditentukan oleh diri aku sendiri,walau kadar sekelip mata sekalipun.

Teringat kembali lirik dalam nasyid yang aku dengar masa kecil dulu.'Manusia perlukan petunjuk dan panduan di dunia yang penuh cabaran,tiada yang pasti haluan nya sendiri ,semuanya ketentuan illahi'.Semoga tuhan merancang sesuatu yang baik untuk aku dan tiadalah yang aku harapkan selain keampunan dariMu ya Allah..

"Bahkan manusia itu,anggotaya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,walaupun ia memberikan alasan-alasan untuk membela dirinya"(Firman Allah,Surah AlQiamah).

22/11/2011
Gower Street
London UK

Saturday, November 19, 2011

Friday, November 11, 2011

Leka

Sedih bila terfikirkan akan dosa-dosa yang lalu.Masih adakah lagi ruang untuk aku bertaubat.Masih adakah lagi kesempatan untuk aku mensyukuri segala nikmat dariNya.Ya Allah aku buntu ,lena diulit dan dibuai nafsu yang indah.

Ya Allah sesungguhnya hanya engkau sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di hati ini.Kiranya ada cinta di hatiku yang mengurangkan cintaku terhadapMu maka aku mohon padaMu agar diberi kekuatan untuk melupakan cinta itu.Wahai hati yang lemah,tiada sudahnya dunia yang dicari,indahnya tiada abadi.Penghujung usia ,pasti ke sana.Akhirat yang kekal selamanya.

"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.

Tuesday, September 13, 2011

CINTA

Bila terfikirkan tentang cinta ,pasti akan teringat pada ibubapa.Kadang2 cinta ni bukan hanya keputusan kita semata2 tapi lebih kepada mencari pasangan yang dapat memuaskan hati ibubapa masing2.Jadi dimanakah nilai sebuah keikhlasan jika cinta itu ada harga,harga yang ditentukan oleh ibubapa.Cinta sepatutnya datang dengan hati yang ikhlas,tanpa mengira rupa,pangkat atau darjat.Itulah cinta sejati.Namun sukar untuk dipercayai kiranya masih ada lagi cinta seperti itu di zaman ini.Tapi tak salah kalau cinta itu ditentukan oleh ibubapa kerana redha tuhan datangnya dari redha ibubapa.Mungkin cinta aku padanya hadir kerana kasihnya ibu terhadap dia.Atau mungkin jua aku cuba untuk menipu diri ini sedangkan padanya aku cuma seorang sahabat.Benar sungguh,cinta itu mengkhayalkn dan ada kalanya menyiksakan.Namun siapa lah aku untuk menolak cinta itu yang datang tanpa dipaksa.Kiranya kau tahu akan nilai cinta itu,pastinya kau akan turut bersamaku,mengalun lagu rindu..Kiranya kau tahu akan keikhlasan hati ini,pastinya kau hargai akan diriku ini.Biar apa pun yang terjadi,semangat perjuangn ini perlu aku teruskan..Masih aku ingat kata2 sahabat,andai kata perjalanan ini lurus dan senang pasti ramai yang mengikutmu,namun perjalanan yang kau lalui terlalu panjang dan ada padanya kesusahan yang nyata.Yakin pada janji Allah,itulah yang menjadi pegangan kita dalam perjuangan ini..,..zzzzzZZ