Saturday, October 23, 2010

Second Year

Telah lama aku menghilang.Dalam mencari erti sebenar sebuah kehidupan ,aku seperti bagaikan lupa akan kisah semalam yang menjadi titik hitam dalam sejarah hidupku.23 Sept 2009.Tarikh itu takkan pernah aku lupakan.Itu lah hari yang yang banyak memberi makna tentang erti kebahagiaan,kejayaan ,perngorbanan serta penyesalan kepadaku.Impian ku tercapai,aku bagaikan berada di puncak kegemilangan,kejayaan makin ku gapai.Namun di sebalik semua itu,terselit juga erti pengorbanan serta rasa kesal yang menghantui diriku.Tahun pertama merupakan tahun yang paling menyiksakan dalam hidup aku.Aku bagaikan hilang di lautan manusia,seperti perantau yang tercampak di bumi asing,mencari asal usul yang dikecapi selama ini.

Lemah aku melangkah ,namun aku teruskan jua.Hati ini bagaikan dipenuhi dengan beribu rasa penyesalan.Timbul persoalan yang melemahkan semangatku.Sehingga satu ketika,aku mengambil jalan mudah.Nekad dalam hati,ingin ku pulang meneruskan perjuangan di tanah air.Bumi ini terlalu asing bagiku.Layakkah aku,siapakah aku dipandangan mereka,kenapa aku terpaksa menghadapi dunia ini keseorangan,apakah silap ku?

Masihku ingat,pernah aku rebah tersungkur,berkali2 ingin ku pulang ke tempat asal,namun tetap dihalang.Kenapa aku dipaksa meneruskan suatu perjuangan kerna pasti gagal di penghujungnya.Degil hati ini tetap aku turutkan.Aku mendesak bapaku untuk menguruskan perjalanan pulang aku ke Malaysia.Dugaan ini terlalu hebat bagiku.Aku tak tahan,aku tak sanggup.Pagi 5 October 2009,aku bangun dengan harapan ingin melihat adakah rayuan ku disambut oleh bapaku.Tanpa berlengah ,aku memeriksa email baru dari bapaku.Perasan gemuruh menyelubungi jiwa ini.Aku baca satu persatu,dengan perasaan yang tenang.Mungkin ini email terakhir yang perlu aku balas.Ketika aku membaca email tersebut,hati aku tersentuh,sebak yang dirasakan.Baru aku fahami erti sebenar pengorbanan ibubapa.Mereka telah buntu dengan persoalan yang aku ajukan.Akhirnya mereka memberikan sebuah jawapan yang aku nantikan.Jawapan yang merungkai kan akan segala persoalan tersebut.Jawapan yang sudah aku ketahui.

Air mata bagaikan faham akan perasaanku.Hatiku luruh seperi daun2 yang kering.Jauh aku merenung ke luar tingkap memikirkan akan nasibku kelak.Terbayang wajah kedua ibubapaku.Apakah aku berdosa?.Mungkihkan ini satu dugaan yang ternyata menguji akan keimananku?Mereka telah memberikan aku jawapan yang aku inginkan,namun apa lagi yang aku mahukan.Aku tersentak dari lamunan yang panjang.Rupanya aku masih belum melihat akan dunia yang menantiku.Aku hanya berada di pintu tapi masih belum lagi cuba untuk membukanya.Aku terus berlari, melangkah ke luar dan melihat akan langit yang membiru.Musim itu adalah musim luruh di london.Aku lihat akan keindahan alam ciptaan Allah swt.Sejuk angin yang bertiup menusuk tajam ke dalam jiwa ku.Aku lihat akan daun-daun yang berguguran.Adakah semangat aku pun jua begitu?,

Ya Allah,ampunkan dosa hambamu ini.Hatiku meraung pilu.Aku telah banyak menyusahkan ibubapaku.Harapan yang mereka tanamkan dalam diriku menjadi pembakar semangat yang kian hilang.Di saat itu,aku tetapkan azam di dalam hati.Apapun yang terjadi akan ku teruskan jua.Aku percaya akan janjiNya.Kiranya aku berusaha,nescaya Dia akan menolongku.Niatku untuk pulang ke Malaysia,telah aku buang jauh ke dalam sudut hatiku.Tiada lagi penyesalan lalu,yang ada cuma semangat untuk meneroka dunia yang aku impikan sejak dari kecil lagi

Memang tidak aku nafikan.Hidup sebatang kara di bumi asing adalah terlalu sukar.Kadang2 timbul rasa kekesalan semalam,namun aku sedaya upaya untuk melupakannya.Ini adalah tempatku.Aku telah ditakdirkan disini.Kiranya aku gagal setelah penat berusaha,Itu adalah kehendakNya.Ungkapan itulah yang menjadi peneman tidur malamku dan sahabat ketika aku dalam kesusahan.

Setahun berlalu sehinggalah masanya 21 MAY 2010.Aku akan menduduki ujian akhir tahun pertama ku di University College London.Jurusan Kejuruteraan Marin dan Perkapalan betul2 menguji akan keazamanku.Aku tidak pernah jemu berusaha,belajar dan terus belajar.Ku atur langkah dengan penuh berhati-hati dan cuba untuk mendapatkan yang terbaik buatku.Kisah lalu kian pudar dalam ingatanku.Aku begitu bersemangat untuk membuktikan kebolehan ku.Hari yang dinanti telahpun tiba.Aku berjaya mengharungi nya dengan tenang dan penuh keyakinan.

Kini tibalah masanya untuk ku mengorak langkah,menuju pulang ke tanah air.Ketika di dalam pesawat,aku dapat melihat akan rumah2 yang diterangi oleh lampu2.Mungkin lampu itu datangnya dari rumahku,aku tidak dapat meneka yang mana namun yang pasti aku pernah tinggal disana.Banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui disana.Jauh di dalam hati,ingin aku tinggalkan london buat selamanya.

27 June 2010.Aku mendapat email dari seorang sahabat yang menyatakan bahawa keputusan ujian telahpun dikeluarkan.Tuhan Maha Pemurah.Aku berjaya mendapat keputusan yang agak memberangsangkan .Second Class Upper with honour.Syukur alhamdulilah.Usahaku selama ini tidak sia2.Namun ,aku bercadang untuk meneruskan tahun kedua pengajian ku di scotland memandang kan terdapat pelajar Malaysia yang lain yang belajar jurusan yang sama.

Setelah beberapa kali perbincangan serta perjumpaan dengan pegawai penaja,akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menolak permohonan ku.Agak sukar bagiku menerima hakikat kerana hati ini sudah tak terdaya meneruskan lagi.Aku akhirnya akur dengan keputusan tersebut dan meneruskan tahun kedua ku di Universiti yang sama.

Sunday, May 30, 2010

Baru ku mengerti

Seringkali ibuku berpesan,masa depan sesuatu yang sukar untuk dijangka.Apa yang dirancang tak semestinya terjadi bagai apa yang kita harapkan.Maafkan ku ibu kerana kini baru ku mengerti katamu,maafkanku sahabat kerana kini baru ku mengerti lakumu,dan maafkanku ayah kerana kini baruku mengerti niatmu.

Masihku ingat dulu,sewaktu ku rebah ketika mengejar cita-cita ,timbul sinar dariMu yang memandu jalanku.Sebak terasa didalam hati terkenangkan jalan yang terpaksa dihadapi.Jenuh aku termanggu,memikirkan masa hadapan yang kian jauh dari pandangan.Telah ku cuba untuk berdiri tapi rantai yang membelenggu diri ini semakin erat menggengam.Hampir ku rasakan duniaku ini ibarat perahu kecil ditengah lautan.Terumbang ambing dibuai ombak dan hanyut tanpa arah tujuan.

Ombak itu kadangkala tenang dan kadangkala mengganas.Namun ku tetapkan iman di dalam hati,percaya akan janjiNya dan anggap semua ini adalah dugaan dariNya.Berbekalkan kudrat yang ada,kugagahi jalan ku dan harungi jua badai yang melanda.Merintih pabila gagal dan menangis kerana keseorangan.Tatkala malamku,muncul seorang bidadari yang menyerikan hidupku.Hadirnya banyak mengajarkan ku erti sebuah pengorbanan dan perjuangan.Tapi adakah aku bermimpi kerana dia hanyalah teman bicaraku pabila aku kesepian.Tidakku mampu lihat parasnya kerana munculnya hanyalah dalam bayanganku.Aku lena dibuai mimpi yang indah kerana ku tahu akan esok yang masih panjang.

Syukur alhamdulilah,kini dapat ku rasakan, perahu kecil ini makin hampir ke daratan.Seberang masih lagi kabur dari pandangan tapi langit yang semakin cerah dan bintang yang memandu,membuatkan ku rasa tenang dan yakin.Aku berserah padaMu Yang maha pencipta,yang maha perancang dan maha mengetahui.Sesungguhnya apa yang Allah rancangkan adalah yang terbaik untukKu.Hidupku masih lagi panjang dan jauh.Tidakku mampu melihat apa yang akan terjadi.Mungkin aku gagal dan mungkin juga esok sudah tiada bagiku.

Ya Allah yang maha pengampun,semoga pintu taubatMu masih terbuka kerana aku faham akan tingkahlakuku selama ini.Cuba aku dekatimu pabila ujian menduga dan lupakan mu bila beroleh bahgia.Sentiasa ku mungkiri janjiku padaMu .Ya Allah apakah pandanganMu terhadapku?.Adakah kau akan terima taubatku walau tiap kali aku ulangi kesilapanku?

Mama cakap jangan kau pernah cuba lari dari masalah kerana itu perbuatan lelaki dayus.Ibarat seorang pejuang yang lari dari medan perang.Tapi jika hadirmu hanya lah menyulitkan keadaan,undurlah diri agar persoalan tu dapat dirungkaikan.
Semoga hidupku ,keluargaku,dan sahabat2 ku sentiasa diberkati ALLAH SWT.
AMIN
SALAM


coretan perantau,
London Borough of Islington
United Kingdom.
29/05/2010

Sunday, May 16, 2010

tamat

SYukur ya allah..syukur alhamdulilah...tinggal beberapa minggu lagi nak abis exam..then i can delete this blog and get away from this cold and messed up world..

Sunday, April 25, 2010

AKU HANYA NAK KE SEBERANG




aku paku pahat kayu cengal
harap-harap jadi perahu
dayung hebat pengayuh sebenar
keras kuat keras temesu

layar bertingkat seperti kapas gulung
tiangnya tegak dari batang nibung
panji kain suluh atma
tenunan kekasih wajah di kamar

esok perahu nak turun ke air
harung nak lalu samudera bertabir
tinggal pantai awal terakhir
lawan badai ribut dan petir

ombak jangan gila melanda
harap tenang laut kuala
dayung jangan patah tak kuasa
layar tiang jangan binasa

gantung jiwa seluruh harapan
nekad rasa arah tujuan
serah segala padamu tuhan
aku hanya nak ke seberang..

Sunday, April 4, 2010

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembal

Friday, March 12, 2010

insaf2

Andai kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan Untuk selamanya
Hidup ini sementara

Wednesday, March 10, 2010

SYUKUR




glasgow scotland



Dear Mr Wan Mohd Nasir

I am pleased to let you know that you have been given a Conditional Offer to the 3rd year of BEng/JH65/Naval Architecture and Marine Engineering, the conditions being that you pass all first year subjects at UCL with an average of 50% and provide evidence of proficiency in English. Formal confirmation of this offer will be sent to you via UCAS in due course.

Kind regards
Maureen

Maureen McGrady
Undergraduate Recruitment Secretary
Department of Naval Architecture and Marine Engineering
University of Strathclyde
Henry Dyer Building
100 Montrose Street
Glasgow G4 0LZ, UK
Tel: +44(0)141 548 4098
Fax: +44(0)141 552 2879
www.strath.ac.uk/na-me/

The University of Strathclyde is a charitable body, registered in Scotland, number SC015263


syukur ya allah..dah dapat offer dari university kat scotland..harap2 ni merupakan keputusan yang terbaik untuk aku...kehidupan di bandar metropolitan london sangat memenatkan...hari2 terpaksa naek underground tube...terpaksa merentasi oxford street,pastu dalam kelas terpinga2...pahni dalam course aku akan ada peljar tajaan misc yang sama macam aku....walaupun dulu aku punyerlah struggle nak dapat tempat di university london tapi pada hakikatnya aku sedar bahawa kehidupan tak seindah yang disangka..lainlah kalau betul2 pandai...kat mana2 pun boleh hidup....ya allah semoga kau memberkati keputusan ku ini.amin2 ya rabbal alamin

Monday, March 1, 2010

Masa

Menghitung hari..masa begitu pantas berlalu..sedar tak sedar dah dekat nak final exam..tapi masih banyak yang perlu aku cover...kadang2 terasa ingin undurkan masa agar dapat aku belajar balik..dulu aku harap agar dipercepatkan masa tapi sekrang aku harap agar dapat diberi kelapangan masa untuk aku belajar..dah memang lumrah kehidupan..manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada..sentiasa mengharapkan sesuatu yang lebih baik walau pada hakikatnya adalah sebaliknya...ya allah yang maha pengasih....jadikan aku seorang hamba yang sentiasa bersyukur padamu,yang patuh pada kedua ibubapa ku dan tidak lalai dalam menjalankan tanggungjwabku..emmmm....bila hati dah resah gelisah baru nak ingat tuhan..masa tengah happy...tak terdetik pun rasa bersyukur pada Nya..aku manusia yang lemah sentiasa rebah pada kehendak hati....mencari syurga dunia walaupun aku sedar bahawa ianya hanyalah persinggahan yang sementara....

setiap insan punya cita2..begitu juga aku...kalau boleh aku nak jadi kaya,nak hidup mewah,nak jadi jutawan yang pemurah..nak bina masjid..macam2 lah ..tapi kalau lah ditakdirkan aku betul2 jadi kaya suatu hari nanti,betul ker aku akan buat semua tuh...kalau boleh aku nak hidup senang bukan nyer hidup mewah tapi diri penuh noda...
sekarang ni aku hanya fikirkan tentang final exam jer..aku memang betul2 usaha..alangkah bagusnya kalau sponsor aku nampak segala usaha aku ni..hehe.huhu.hhaha...

masa oh masa...sajak tentang masa dari seorang yang ku sayang dan kagumi.....

yang jauh bukannya bintang,mentari pun bukan, jua rembulan
tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali
kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan
semalam yang berlalu mengukir sesalan
yang ada hanya hari ini dan akan datang
gunalah hari ini dengan sebaiknya
kerana esok belum tentu milik kita
sedangkan semalan telah pergi buat selamanya

Sunday, February 21, 2010

adus!!!

Penatnyer....bangun pagi2 pastu naek tube ke warren street..pastu aku jalan ke library.kalau nak kira jarak memang jauh..tapi memandangkan tube tu punyer lah laju.cuma ambil masa setengah jam jer.dah la sejuk..hari ni lepak kat library dari pukul 9 smpai pkul 7.30mlm...aku dah la jenis yang susah nak faham..kadang2 mcam buang masa jer..baca banyak2 tapi satu habuk pun tarak..mungkin subjek tu susah @ aku yang lambat pick-up..at least,skrang ni aku dah dpat faham sikit2 accent diorang walaupun tak sepenuhnya..ni baru first year..aku dah menggelabah.jauh lagi perjalanan aku...orang lain mampu jer survive bertahun2 kat uk..takkan aku tak mampu..hati ni kadang2 terfikir..terdetik juga rasa putus asa bila keringat yang dicurahkan tak mendatangkan hasil,tapi kalau aku asyik persoalkan "kenapa' memang gagal lah jawapannya..mungkin ramai yang ingin berada di tempat aku ni tapi hakikatnya aku sendiri yang tahu..kalaulah dulu aku ikut kawan2 belajar kat university sama,kalaulah ku tahu menilai kemampuan diri...ah!!!!!!!...sudah lah dengan kalau... sekrang ni aku hanya perlu fokus dan berusaha...usaha dan usaha..kiranya ditakdirkan gagal..itu kehendak illahi..aku tak da hak nak mempersoalkan percaturannya.semoga hati ini diberi ketenangan agar dpat aku terus berusaha tanpa rasa penat dan jemu....

Sunday, February 7, 2010

The Passion of Dreams




It was 10 years ago when I was on my way back to pulau perhentian..while waiting for the boat to arrive ,my family and I managed to saw large container ship belong to Malaysian Internation Shipping Company cruising through the ocean..even the ship was very far away from us but we still can see it clearly ..which probably due to the size of ship..Then my dad told us..."I wish I could have my son working in that ship.Just think how they could build such a big ship without sinking to the surface.Its all about engineering"...We all then laughing and pointing towards each other ..Well its been 10 years and now Im doing Naval Architecture and Marine Engineering sponsored by MISC BERHAD at University of London.From the ship stability to powering of the ship,I learned so many things within first year of my degree course..At first everthing seemed to be totally impossible since I had difficulty in understanding language but now I become more curious to know about how do they design the ship and start to get used myself to a new life.Life have never been easy....There are lots of stuff that you would have to understand and the most important thing for sure there is no such perfect method to design a ship..Each different method leads to a different result which can be considered in terms of safety,efficiency,low fuel consumption and high thrust possible with very small resistance.So many forces acting on the ship and fluid mechanics will become such an important tools for marine engineers.Im aware of the fact that Im not genius and sometimes I feel that I do not deserve all these award..But life have to go on.My dad used to tell me..Once you have started your journey ,you have to finish it for what ever it takes.Just remember that your personal dream may not be to effect sweeping change in the world. But we all need a dream that defines us. Your dream may be to become a fantastic father, an exceptional teacher, or a selfless role model. Those dreams are magnificent in their own right. Only when we have such a dream — and when the dream possesses us — will we truly find our way in the world.

Wednesday, January 27, 2010

Padan muka

padan muka aku...kalau dulu tau gak nak baca apa..sekarang ni aku baca pun tak faham..nak kena faham..nak kena ingat..nak kena ulas...dulu hafal ...sikit2 hafal ...esei english aku hafal...sekrang ko nak hafal satu buku?.padan muka...tak sedar diri...

malas!!!!!!!!

sajak malas
aku kini dah tak seperti dulu
aku malas macam lembu

Wednesday, January 13, 2010

no one knows

You don't know what it's like
To be like me

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life

Sunday, January 10, 2010

subhanallah

Esok SEM II akan bermula..kalau nak dikira,dah dekat 4 bulan aku kat bumi asing ni.Hati ini sering berubah...kadang2 rasa tenang,kadang2 rasa tak..pernah banyak kali terlintas di fikiran nak lupakan semua kisah lalu,nak mulakan hidup baru ,tapi diri ni tak terdaya..dugaan sering saja datang kepada aku..aku sendiri pun tak paham..kenapa aku..bukan orang lain.ya allah ..ampunilah hambaMu ini..bukan aku ingin mengeluh tapi bila dah terdaya menghadapi dugaan dariMu aku jadi hilang..hilang kawalan..tak mampu lagi untuk mengawal perasaan nih....