Saturday, October 23, 2010

Second Year

Telah lama aku menghilang.Dalam mencari erti sebenar sebuah kehidupan ,aku seperti bagaikan lupa akan kisah semalam yang menjadi titik hitam dalam sejarah hidupku.23 Sept 2009.Tarikh itu takkan pernah aku lupakan.Itu lah hari yang yang banyak memberi makna tentang erti kebahagiaan,kejayaan ,perngorbanan serta penyesalan kepadaku.Impian ku tercapai,aku bagaikan berada di puncak kegemilangan,kejayaan makin ku gapai.Namun di sebalik semua itu,terselit juga erti pengorbanan serta rasa kesal yang menghantui diriku.Tahun pertama merupakan tahun yang paling menyiksakan dalam hidup aku.Aku bagaikan hilang di lautan manusia,seperti perantau yang tercampak di bumi asing,mencari asal usul yang dikecapi selama ini.

Lemah aku melangkah ,namun aku teruskan jua.Hati ini bagaikan dipenuhi dengan beribu rasa penyesalan.Timbul persoalan yang melemahkan semangatku.Sehingga satu ketika,aku mengambil jalan mudah.Nekad dalam hati,ingin ku pulang meneruskan perjuangan di tanah air.Bumi ini terlalu asing bagiku.Layakkah aku,siapakah aku dipandangan mereka,kenapa aku terpaksa menghadapi dunia ini keseorangan,apakah silap ku?

Masihku ingat,pernah aku rebah tersungkur,berkali2 ingin ku pulang ke tempat asal,namun tetap dihalang.Kenapa aku dipaksa meneruskan suatu perjuangan kerna pasti gagal di penghujungnya.Degil hati ini tetap aku turutkan.Aku mendesak bapaku untuk menguruskan perjalanan pulang aku ke Malaysia.Dugaan ini terlalu hebat bagiku.Aku tak tahan,aku tak sanggup.Pagi 5 October 2009,aku bangun dengan harapan ingin melihat adakah rayuan ku disambut oleh bapaku.Tanpa berlengah ,aku memeriksa email baru dari bapaku.Perasan gemuruh menyelubungi jiwa ini.Aku baca satu persatu,dengan perasaan yang tenang.Mungkin ini email terakhir yang perlu aku balas.Ketika aku membaca email tersebut,hati aku tersentuh,sebak yang dirasakan.Baru aku fahami erti sebenar pengorbanan ibubapa.Mereka telah buntu dengan persoalan yang aku ajukan.Akhirnya mereka memberikan sebuah jawapan yang aku nantikan.Jawapan yang merungkai kan akan segala persoalan tersebut.Jawapan yang sudah aku ketahui.

Air mata bagaikan faham akan perasaanku.Hatiku luruh seperi daun2 yang kering.Jauh aku merenung ke luar tingkap memikirkan akan nasibku kelak.Terbayang wajah kedua ibubapaku.Apakah aku berdosa?.Mungkihkan ini satu dugaan yang ternyata menguji akan keimananku?Mereka telah memberikan aku jawapan yang aku inginkan,namun apa lagi yang aku mahukan.Aku tersentak dari lamunan yang panjang.Rupanya aku masih belum melihat akan dunia yang menantiku.Aku hanya berada di pintu tapi masih belum lagi cuba untuk membukanya.Aku terus berlari, melangkah ke luar dan melihat akan langit yang membiru.Musim itu adalah musim luruh di london.Aku lihat akan keindahan alam ciptaan Allah swt.Sejuk angin yang bertiup menusuk tajam ke dalam jiwa ku.Aku lihat akan daun-daun yang berguguran.Adakah semangat aku pun jua begitu?,

Ya Allah,ampunkan dosa hambamu ini.Hatiku meraung pilu.Aku telah banyak menyusahkan ibubapaku.Harapan yang mereka tanamkan dalam diriku menjadi pembakar semangat yang kian hilang.Di saat itu,aku tetapkan azam di dalam hati.Apapun yang terjadi akan ku teruskan jua.Aku percaya akan janjiNya.Kiranya aku berusaha,nescaya Dia akan menolongku.Niatku untuk pulang ke Malaysia,telah aku buang jauh ke dalam sudut hatiku.Tiada lagi penyesalan lalu,yang ada cuma semangat untuk meneroka dunia yang aku impikan sejak dari kecil lagi

Memang tidak aku nafikan.Hidup sebatang kara di bumi asing adalah terlalu sukar.Kadang2 timbul rasa kekesalan semalam,namun aku sedaya upaya untuk melupakannya.Ini adalah tempatku.Aku telah ditakdirkan disini.Kiranya aku gagal setelah penat berusaha,Itu adalah kehendakNya.Ungkapan itulah yang menjadi peneman tidur malamku dan sahabat ketika aku dalam kesusahan.

Setahun berlalu sehinggalah masanya 21 MAY 2010.Aku akan menduduki ujian akhir tahun pertama ku di University College London.Jurusan Kejuruteraan Marin dan Perkapalan betul2 menguji akan keazamanku.Aku tidak pernah jemu berusaha,belajar dan terus belajar.Ku atur langkah dengan penuh berhati-hati dan cuba untuk mendapatkan yang terbaik buatku.Kisah lalu kian pudar dalam ingatanku.Aku begitu bersemangat untuk membuktikan kebolehan ku.Hari yang dinanti telahpun tiba.Aku berjaya mengharungi nya dengan tenang dan penuh keyakinan.

Kini tibalah masanya untuk ku mengorak langkah,menuju pulang ke tanah air.Ketika di dalam pesawat,aku dapat melihat akan rumah2 yang diterangi oleh lampu2.Mungkin lampu itu datangnya dari rumahku,aku tidak dapat meneka yang mana namun yang pasti aku pernah tinggal disana.Banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui disana.Jauh di dalam hati,ingin aku tinggalkan london buat selamanya.

27 June 2010.Aku mendapat email dari seorang sahabat yang menyatakan bahawa keputusan ujian telahpun dikeluarkan.Tuhan Maha Pemurah.Aku berjaya mendapat keputusan yang agak memberangsangkan .Second Class Upper with honour.Syukur alhamdulilah.Usahaku selama ini tidak sia2.Namun ,aku bercadang untuk meneruskan tahun kedua pengajian ku di scotland memandang kan terdapat pelajar Malaysia yang lain yang belajar jurusan yang sama.

Setelah beberapa kali perbincangan serta perjumpaan dengan pegawai penaja,akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menolak permohonan ku.Agak sukar bagiku menerima hakikat kerana hati ini sudah tak terdaya meneruskan lagi.Aku akhirnya akur dengan keputusan tersebut dan meneruskan tahun kedua ku di Universiti yang sama.