Seringkali ibuku berpesan,masa depan sesuatu yang sukar untuk dijangka.Apa yang dirancang tak semestinya terjadi bagai apa yang kita harapkan.Maafkan ku ibu kerana kini baru ku mengerti katamu,maafkanku sahabat kerana kini baru ku mengerti lakumu,dan maafkanku ayah kerana kini baruku mengerti niatmu.
Masihku ingat dulu,sewaktu ku rebah ketika mengejar cita-cita ,timbul sinar dariMu yang memandu jalanku.Sebak terasa didalam hati terkenangkan jalan yang terpaksa dihadapi.Jenuh aku termanggu,memikirkan masa hadapan yang kian jauh dari pandangan.Telah ku cuba untuk berdiri tapi rantai yang membelenggu diri ini semakin erat menggengam.Hampir ku rasakan duniaku ini ibarat perahu kecil ditengah lautan.Terumbang ambing dibuai ombak dan hanyut tanpa arah tujuan.
Ombak itu kadangkala tenang dan kadangkala mengganas.Namun ku tetapkan iman di dalam hati,percaya akan janjiNya dan anggap semua ini adalah dugaan dariNya.Berbekalkan kudrat yang ada,kugagahi jalan ku dan harungi jua badai yang melanda.Merintih pabila gagal dan menangis kerana keseorangan.Tatkala malamku,muncul seorang bidadari yang menyerikan hidupku.Hadirnya banyak mengajarkan ku erti sebuah pengorbanan dan perjuangan.Tapi adakah aku bermimpi kerana dia hanyalah teman bicaraku pabila aku kesepian.Tidakku mampu lihat parasnya kerana munculnya hanyalah dalam bayanganku.Aku lena dibuai mimpi yang indah kerana ku tahu akan esok yang masih panjang.
Syukur alhamdulilah,kini dapat ku rasakan, perahu kecil ini makin hampir ke daratan.Seberang masih lagi kabur dari pandangan tapi langit yang semakin cerah dan bintang yang memandu,membuatkan ku rasa tenang dan yakin.Aku berserah padaMu Yang maha pencipta,yang maha perancang dan maha mengetahui.Sesungguhnya apa yang Allah rancangkan adalah yang terbaik untukKu.Hidupku masih lagi panjang dan jauh.Tidakku mampu melihat apa yang akan terjadi.Mungkin aku gagal dan mungkin juga esok sudah tiada bagiku.
Ya Allah yang maha pengampun,semoga pintu taubatMu masih terbuka kerana aku faham akan tingkahlakuku selama ini.Cuba aku dekatimu pabila ujian menduga dan lupakan mu bila beroleh bahgia.Sentiasa ku mungkiri janjiku padaMu .Ya Allah apakah pandanganMu terhadapku?.Adakah kau akan terima taubatku walau tiap kali aku ulangi kesilapanku?
Mama cakap jangan kau pernah cuba lari dari masalah kerana itu perbuatan lelaki dayus.Ibarat seorang pejuang yang lari dari medan perang.Tapi jika hadirmu hanya lah menyulitkan keadaan,undurlah diri agar persoalan tu dapat dirungkaikan.
Semoga hidupku ,keluargaku,dan sahabat2 ku sentiasa diberkati ALLAH SWT.
AMIN
SALAM
coretan perantau,
London Borough of Islington
United Kingdom.
29/05/2010